Salam semua...
Pejam celik pejam celik tinggal sebulan lagi untuk Majlis Pertunangan kami. huhu.... Nervous rasa.. Alhamdulillah, setakat ni persediaan masih berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Belanja untuk majlis pertunangan pun boleh kira tak lebih daripada budget yang telah ditetapkan, Kalau ada pun sikitlah.. hehhe..
Buat untuk yang nak bertunang, bagi kecik tak perlu lah nak kuar belanja banyak2 sampai beribu-ribu. Cukuplah sekadar ringkas dan berjalan dengan lancar. Okey, memandangkan kecik malas nak tulis panjang-panjang, kat sini kecik ada selitkan gambar baju bertunang iaitu Baju kurung Pahang yang kecik beli di Butik First Lady Jalan Tar. Harga pun berbaloi dan cantik juga design dia dan yang paling penting saiz memang betul2 muat...hehhe. Lagipun simple je kan...
Monday, 8 October 2012
D-Day Teaser 1
Gambar 1
Gambar 2
Note : harap apa yang dirancangkan berjalan dengan lancar. Amin..
Posted by AdahNain at Monday, October 08, 2012 0 comments
Wednesday, 19 September 2012
E-Day
Salam semua. Entry kali ni mengenai my E-day yang akan jatuh pada 4/11/2012.. Huhu... pejam celik lagi 2 bulan je.. huhu...
Buat pengetahuan semua, tema untuk tunang kali ni adah pilih warna baby blue + silver.... hhehehe....
Preparation untuk tunang baru 10% huhu.. banyak lagi yg tak prepare. Majlis tunang ni Adah just nak buat simple tapi menaarik. Tak crowded dan heavy. Cukuplah hanya menjemput sedara mara.. Nanti dah nak kawin baru buat besar-besaran... (hehehhe).
Design dan warna untuk tunang ni boleh lah tengok gambar di bawah yang mana dicuri dari En Google... ^_^
Warna tema & Design baju (my dream colour -_^)
love this colour
totally deep in love with this design..by Jovian o_O
Harap apa yang Adah rancangkan akan berjalan dengan lancar. Pray for me...
Posted by AdahNain at Wednesday, September 19, 2012 0 comments
Tuesday, 18 September 2012
rindu blogging
Salam semua.. huhuhu.. rindunyer blogging.. rasa dah berapa bulan tak blogging.... Bukan apa, kebelakangan ni memang sibuk dengan kenduri & majlis kahwin sedara mara.... nak dikatakan 3 bulan berturut-turut... huhu... T_T
Okeylah... rasa sampai sini dulu.. Saja nak conteng-conteng tanda saya updated blog... hehheh...
Salam
Posted by AdahNain at Tuesday, September 18, 2012 0 comments
Thursday, 9 February 2012
Kuala Lumpur - Kelantan - Terengganu - Kuala Lumpur part II
Salam Semua.. Entri kali ni kesinambungan pasal perjalanan seperti tajuk entri di atas untuk meminang...
Kat sini kecik nak share beberapa keping gambar untuk tatapan semua.. Enjoy okey..
V
V
Me & My Cousin
with Hantaran
my cousin with her fiancee
my uncle & my auntie
^.^
Us
sarung cincin
:)
Setelah kekenyangan
Sebelum makan posing dulu
us again
sweet ladies
~TERENGGANU~
nyaman sungguh
~Enjoy~
Posted by AdahNain at Thursday, February 09, 2012 0 comments
Kuala Lumpur - Kelantan - Terengganu - Kuala Lumpur
Salam semua blogger... Lama nyer tak updated blog... Rindu plak kat blog ni... Dah bersawang dah....
Sebenarnya, bukan taknak updated blog, tapi kesibukan kerja melanda...
Okey, memandangkan free hari ini, kecik nak tulis entri mengenai pertunangan saudara kecik iaitu Muhd NorMuhib & Ainatul Mardhiah (ampun maaf kalau salah eja..huhu)
****
Sebelum cerita lebih panjang, kecik nak ucapkan tahniah sebab telah selamat bertunang..Harap bersabar menempuh dugaan yang akan datang setelah bertunang.
****
Pada 21hb January 2012, kecik dan seluruh ahli keluarga dan sanak saudara telah berangkat ke Kelantan pada pukul 3.30 pagi.. Sebanyak 6 bijik kereta untuk konvoi ke Kelantan atas tujuan untuk meminang.
Sepanjang perjalanan amat letih sangat... Mana tak letihnya.. duduk dalam kereta berapa jam.. panas punggung... T_T
Pap..pap..pap... dalam pukul 1.00 sampai lah ke Kelantan... Alhamdulillah
Setelah sampai, kami semua berehat dan makan dan bersihkan diri...
Setelah semua dah rehatkan diri masing-masing, malam tue kami semua berangkat ke Pasar Wakaf Che Yeh... Dari tempat kami tinggal iaitu di Machang untuk ke Pasar Wakaf Che Yeh ni ambik masa lebih kurang setengah jam..
Setelah sampai, di situ macam2 barang dijual. Baju,kain, kasut seluar,aksesori dan banyak lagi lah. Kalau nak senaraikan, sampai besok tak habis nie... huhu...
Kat situ, kecik tak beli pape, cuma temankan famili kecik dan saudara mara kecik untuk dorang shopping...
Banyak gak diorang beli termasuklah my lovely mum yang beli kain ela sebanyak 4 pasang. huhu.. katanya untuk stok raya & kenduri kawin yang akan datang... ^_^
Ops!! Lupa plak.. Sebelum mula shopping, kecik dan semua famili pergi makan dulu kat Medan Selera.. Tak taw plak apa nama Medan Selera tue... Tapi pape pun, paling penting kat sana, kecik cari Nasi Kerabu dulu.. huhu... Penting nie... Okey, setelah kekenyangan, barulah masing2 shopping dengan senang hati....
****
Okey.. esoknyer, kami semua pergi ke rumah pihak perempuan untuk meminang..Setelah berbincang dan sarung cincin tunang serta apa apa yang patut, kitaorang disajikan dengan makan tengahari dengan lauk kampung yang betul betul kaw punyer..hahhaa.. sampai licin habis pinggan...(siap meratah lauk) hehhe.. ****
Esoknyer pula, kami semua bergerak ke Terengganu sebelum meneruskan perjalanan untuk pulang ke Kuala Lumpur. Kat situ, kami singgah di Pasar apa ntah( tak engat nama pasar tue) untuk sarapan dan beli ole2... Kat situ, kecik sempat beli gelang, keropok ikan dan telur penyu.. (huhu... mak kecik suh belikan) -,-" Selepas tue, kami singgah di satu tempat untuk beli keropok lekor dan seterusnya terus pulang ke Kuala Lumpur dan sampai pada pukul 10 mlm..huhu.. Penat sungguh dan esoknyer jugak kecik terpaksa minta emergency leave disebabkan kepenatan.. huhu..
Okey lah.. tak tau nak tulis apa lagi, sampai sini dahulu. Gambar kecik akan masukkan kemudian di entri yang baru okey...
Posted by AdahNain at Thursday, February 09, 2012 0 comments
Thursday, 5 January 2012
Selamat Tahun Baru
Salam semua Blogger.. Wah!! Lamanyer x updated blog... Huhu.. Dah bersawang blog nie... Tak terlambat rasanya Kecik nak ucapkan Selamat Tahun Baru dan semoga anda semua dapat mencapai azam tahun ni pada semua blogger blogger....
Take care and love you all so much..
Posted by AdahNain at Thursday, January 05, 2012 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)