Hi semua!!!
Wah!! pejam celik pejam celik dah masuk bulan December. Cepatnya masa berlalu dan sekejap je nak masuk penghujung.
So, korang semua azam tahun ni ada yang dapat capai tak? Kalau yang dapat capai, alhamdulillah
Tapi bagi yang tak dapat capai lagi, takpe masih ada masa lagi dan kalau tak dapat capai juga, simpan untuk azam tahun depan..
So, azam adah tahun ni alhamdulillah ada yang tercapai dan tak tercapai. Rasa syukur sangat kerana dapat capai azam tahun ni. Suke..suke..suke...
Tapi, ada terselit rasa sedih kerana ada separuh azam tahun ni tak dapat tercapai, iaitu memujuk Incik abang berhenti merokok.(payah ni) huhuuhuh... so sad...
Sebut pasal merokok ni,semua maklum merokok ini amat membahayakan kesihatan. Tapi, masih ada juga yang payah sangat nak berhenti merokok. Macam dah jadi makanan ruji harian pula bagi perokok perokok yang tegar ni. (termasuk Incik abang & ayahku). Kalau boleh, pagi petang lepas makan bangun tidur or lepas mandi, mesti rokok dicarinya dulu... Aish!!
Tahukah anda rokok sebenarnya boleh mendatangkan penyakit yang krinik. Nah, bawah ni Adah ada selitkan sedikit info @fakta mengenai keburukan merokok ni..
^Merokok mengakibatkan strok
^Merokok boleh mengakibatkan mati pucuk
^Hubungan seks akan terganggu (bagi pasangan suami isteri)
^Merokok boleh mengakibatkan sakit jantung
Asap rokok juga mengandungi beribu-ribu jenis bahan kimia yang beracun.
Bahan kimia dalam rokok | Sumber bahan kimia |
Metanol | Bahan Api |
Nitrobenzena | Gasolin |
Karbon Monoksida | Asap kereta |
Butana | Cecair pemetik api |
Raksa | Logam dalam jangka suhu |
Vinil Klorida | Bahan utama plastik |
Toulena | Pelarut industri |
Ammonia | Pencuci lantai |
Arsenik | Racun tikus |
Kadmium | Bahan utama bateri alkali |
Stearik | Bahan utama dalam lilin |
Sianida | Racun berbisa |
~Ihsan dari Kementerian Kesihatan Malaysia~
So, kepada my Incik Abang & ayahku, silalah berhenti merokok kerana kami tidak sanggup kehilangan anda.
(kalau tak tercapai gak tahun ni, terpaksalah masukkan ke tahun depan punye azam) ----> go go syuhadah! you can do it!!
Okeylah, sampai sini dulu. Nanti kalau ada benda baru, adah akan updated okeys!! love u alls