Salam semua blogger. Hurm.. dah 2 hari tak updated blog.. rndu plak rasa kat blog ni.. Okey!! Entry hari ini pasal "Wedding". Pada 3/12/2012 iaitu hari Sabtu ada diadakan majlis kahwin abang saudaraku iaitu Muhaimin & Farah di dewan Ikram, KLIUC Kuala Lumpur. Hurm.. Meriah sungguh hari itu. Ramai yang datang dan aku rasa happy sangat sebab dapat jumpa sedara mara yang lama tak jumpa. Kira berkumpul ramai2.. Yelah, ingat senang nak jumpa semua, paling tidak pun bila ada kenduri atau majlis, baru lah boleh jumpa. Kalau tak, takkan jumpanya. Maklumlah masing2 duduk jauh... huhu... Lagipun, kalau berkumpul ramai ramai ni terasa seronoknya. Macam2 benda boleh borak2 @ cerita dan paling penting dapat mengeratkan silaturrahim.
(betul x?)
Okey! Sebut pasal kahwin ni jugak, tak terlepas aku dari kena buat kerja.. Inilah kerja yang WAJIB kena buat setiap kali sedara mara kita kawen. Tak lain tak bukan kerja sebagai Kendarat. Nak dijadikan citer, itulah kerja aku yang wajib kena buat...hehe... Tapi, aku suka gak kerja macam ni. Kita boleh kenal orang ramai dan tengok gaya dorang.. hehhe
Okey!! Aku malas nak tulis panjang2, nah kat bawah ni ada beberapa keping gambar sekitar majlis tue... Harap korang enjoy okey!!
~gaya sesudah bagi seseorang kendarat~
~my lil sis & my lil cousin~
~pengantin potong kek~
~aku yang comel~
~aku & sedaraku~
0 comments:
Post a Comment