BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 19 December 2011

Tension

Lamanya tak updated blog. Semuanya gara-gara busy yang melampau dengan kerja, meeting.. Hurm..entry kali ni tak tau nak cakap per..
Cukuplah dengan penat kerja dan perasaan cemburu dan perasaan suka berfikir bukan-bukan..
Aku tak tau kenapa hari ni aku betul2 marah dan fikir bukan-bukan terhadap orang yang aku ayang. Aku tau dia sibuk cari duit untuk mengahwiniku, tapi aku tak tau kenapa aku harus berperasaan begini dengan memikir bukan-bukan. Tak dinafikan aku cuba membuang perasaan itu, tetapi begitu sukar untuk aku melakukannya.
Ya Allah, kau bagilah aku kekuatan untuk menempuhi hari hari yang akan datang. Kau kuatkanlah hubungak kami dan kau kekalkanlah jodoh kami Ya Allah...
Okey lah.. sampi sini dahulu semua blogger. Nanti kalau ada coretan terbaru, akan aku updated okey.. love u all so much..


Monday, 12 December 2011

CembUru

Salam semua.. Semoga hari ini menjadi hari yang indah. huhu... Okey. Entri kali ni pasal cemburu. Okey. Sekarang mood aku terasa sangat2 lah cemburu.. Cemburu pada member2 ku yang sudah kawen dan ada anak..dan tak kira yang akan jadi isteri/suami dalam masa terdekat..jeles sungguh... bila lah nak merasa semua tue... Aku tau masa aku akan tiba juga, tapi, aku tak tahu kenapa aku boleh terasa jeles sangat2 dan dalam masa yang sama ku rasa sedih dan sayu......
http://www.emocutez.com
Aku citer kat sayang aku, dan dia kata sabarlah yang. doa banyak2 dan hari kita akan tiba juga. sabar jer k..
Hurm..memandangkan dia kata macam tue, aku setuju je lah..walaupun terasa cemburu, akan ku tetap tunggu dan bersabar lagipun sabar tu kan separuh daripada iman.. betul tak??
Dan pada member2 ku yang sudah berkahwin dan mempunyai anak, tahniah aku ucapkan dan semoga kebahagiaan yang korang miliki akan kekal selamanya.Peace and love you all so much...
Pray happiness for me...
http://www.emocutez.com





Friday, 9 December 2011

Ombak Rindu 2011


Argh!! HAri ni stress dan cemburu sangat2 pada semua yang dah tengok Ombak Rindu
Huhuhu..Sedey nyer tak tengok lagik!! 
Banyak feedback dan status kat facebook kata Ombak Rindu best dan banyak yang menangis tengok citer tue!!
(nak tengok..nak tengok....) Grr..... 

***
Kalau nak tau, ombak rindu ni diadaptasi dari novel karya Fauziah Ashaari.. Aku ada novel karya dia nie.. Novel dia memang best dan sedih... So, bile citer ni dijadikan filem, teringin sangat tengok. Especially lakonan Aaron Aziz...Woot!! Woot!! http://www.emocutez.com

***
Okey lah..malas nak cakap panjang2, jom sama2 layan trailer ombak rindu ni bagi sesapa yang tak berkesempatan tengok lagik!!!





~coVer Page novel Ombak Rindu~

kembali ber blogginG

Salam semua...
Wah!! Lama x updated blog.. Bukan apa, cuma xde idea apa nak coret2 kat blog ni!!
Tapi, hari ni ada benda nak coret2 kat sini. 

***
Okey!! Entry kali ni pasal famili dinner. Pada 4hb hari itu, aku telah menghadiri famili dinner di Restoran tupai-tupai di Seksyen 13, Shah Alam untuk celebrated my auntie & my cousin birthday... 
Terasa seronok sangat dapat berkumpul dengan semua. Yelah, macam2 cerita keluar. Pasal kerja lah, pasal pakwe makwe lah, pasal bile nak kawen lah dan macam-macam lagi lah!! 
Nak dikira sampai besok pun xkan habisnyer... huhuhu!!!

***
Tapi apa pun, kenyang gak lh malam tue.. Yelah, even makan steamboat jer, tapi kenyang woo!! Mana taknye, bile abis jer, amik lagi.. Tapi aku bukan jenis makan banyak. Cukuplah aku amik seafood dan sayur sayur tuk aku campakkan dalam sup steamboat tue... Ada dua perisa iaitu kosong dan tomyam... 
Habis jer, aku amik plak aiskrim perasa mint sebagai pencuci mulut.. Huhuhu.. berangin satu mulut bile makan aiskrim mint tue... Tapi, apapun sedap dan layan habis lah!!

***
Tapi, kalau korang nak makan kat Restoran Tupai-Tupai ini, korang kena pastikan perut korang betul2 kosong / lapar ea... (Wajib ni)!! Bukan apa, bila setiap makanan yang kita amik tue tak habis, akan dikenanakan penalti/denda sebanyak RM 10.00... huhu.... 
Tapi apaun bagus gak buat macam tue. Yelah, boleh elakkan pembaziran. Lagipun pembaziran tue kan amalan syaitan...Betul x!!

***
Okeylah, sebelum aku habis tulis ni, aku nak share sikit moment2 aku di sana.. Hope korang enjoy k!!

'
'
'
'
'
v

~my auntie~

~my auntie wit her daughter, Athirah~

~my cousins wit their friends~
~my sporting uncle~ http://www.emocutez.com

~me & my cousins~

  ~We are Sweet Gurlz~http://www.emocutez.com


Monday, 5 December 2011

Wedding

Salam semua blogger. Hurm.. dah 2 hari tak updated blog.. rndu plak rasa kat blog ni.. Okey!! Entry hari ini pasal "Wedding". Pada 3/12/2012 iaitu hari Sabtu ada diadakan majlis kahwin abang saudaraku iaitu Muhaimin & Farah di dewan Ikram, KLIUC Kuala Lumpur. Hurm.. Meriah sungguh hari itu. Ramai yang datang dan aku rasa happy sangat sebab dapat jumpa sedara mara yang lama tak jumpa. Kira berkumpul ramai2.. Yelah, ingat senang nak jumpa semua, paling tidak pun bila ada kenduri atau majlis, baru lah boleh jumpa. Kalau tak, takkan jumpanya. Maklumlah masing2 duduk jauh... huhu... Lagipun, kalau berkumpul ramai ramai ni terasa seronoknya. Macam2 benda boleh borak2 @ cerita dan paling penting dapat mengeratkan silaturrahim. 
(betul x?)
http://www.emocutez.com
Okey! Sebut pasal kahwin ni jugak, tak terlepas aku dari kena buat kerja.. Inilah kerja yang WAJIB kena buat setiap kali sedara mara kita kawen. Tak lain tak bukan kerja sebagai Kendarat. Nak dijadikan citer, itulah kerja aku yang wajib kena buat...hehe... Tapi, aku suka gak kerja macam ni. Kita boleh kenal orang ramai dan tengok gaya dorang.. hehhe
http://www.emocutez.com
Okey!! Aku malas nak tulis panjang2, nah kat bawah ni ada beberapa keping gambar sekitar majlis tue... Harap korang enjoy okey!!
~gaya sesudah bagi seseorang kendarat~

~my lil sis & my lil cousin~

~pengantin potong kek~

~aku yang comel~
~aku & sedaraku~

Friday, 2 December 2011

Miss BUsy

Salam semua
Busy nya bulan ni... Macam-macam kerja nak kena siapkan kat office ni. Nak kena Updated untuk bahagian Admin dan siapkan report untuk mesyuarat hujung tahun ni. Alah..kira macam laporan terkini keseluruhan syarikat sepanjang tahun ni... Adeh!! Pening kepala... 
http://www.emocutez.com
Mesti pelikkan kenapa tak minta tolong kepada pekerja lain? Huhuhu... Sebenarnya, kat office ni takde lagi staff lain. I sorang jer taw sebab tak ambil lagi staff baru. Maklumlah syarikat yang aku kerja ni baru jer beroperasi.(kira aku orang pertama bekerja kat office ni)huhu..sedey kan?
http://www.emocutez.com
Tapi xper, sebab bos aku dah janji akan ambil staff dalam masa terdekat atau paling lewat tahun depan... Fuh!! Harap harap secepat mungkin... taklah aku kesunyian untuk buat kerja sorang2.. At least ada jugak yang membantu dan teman ubtuk borak2 atau gossip2.....
http://www.emocutez.com
Hurm..okeylah..sampai sini dulu aku coret2... nanti kalau ada benda baru aku nak share, aku akan share okeys... Bye..
http://www.emocutez.com
p/s: nanti andai kata bos aku nak ambil pekerja, aku akan inform okeys!!

Thursday, 1 December 2011

Selamat Datang December

Hi semua!!!
Wah!! pejam celik pejam celik dah masuk bulan December. Cepatnya masa berlalu dan sekejap je nak masuk penghujung.
So, korang semua azam tahun ni ada yang dapat capai tak? Kalau yang dapat capai, alhamdulillah
Tapi bagi yang tak dapat capai lagi, takpe masih ada masa lagi dan kalau tak dapat capai juga, simpan untuk azam tahun depan..
So, azam adah tahun ni alhamdulillah ada yang tercapai dan tak tercapai. Rasa syukur sangat kerana dapat capai azam tahun ni. Suke..suke..suke...
 http://www.emocutez.com
Tapi, ada terselit rasa sedih kerana ada separuh azam tahun ni tak dapat tercapai, iaitu memujuk Incik abang berhenti merokok.(payah ni) huhuuhuh... so sad...
http://www.emocutez.com
Sebut pasal merokok ni,semua maklum merokok ini amat membahayakan kesihatan. Tapi, masih ada juga yang payah sangat nak berhenti merokok. Macam dah jadi makanan ruji harian pula bagi perokok perokok yang tegar ni. (termasuk Incik abang & ayahku). Kalau boleh, pagi petang lepas makan bangun tidur or lepas mandi, mesti rokok dicarinya dulu... Aish!!
http://www.emocutez.com
Tahukah anda rokok sebenarnya boleh mendatangkan penyakit yang krinik. Nah, bawah ni Adah ada selitkan sedikit info @fakta mengenai keburukan merokok ni..
^Merokok mengakibatkan strok
^Merokok boleh mengakibatkan mati pucuk
^Hubungan seks akan terganggu (bagi pasangan suami isteri)
^Merokok boleh mengakibatkan sakit jantung
Asap rokok juga mengandungi beribu-ribu jenis bahan kimia yang beracun. 
Bahan kimia dalam rokokSumber bahan kimia 
 Metanol Bahan Api
 Nitrobenzena Gasolin
 Karbon Monoksida Asap kereta
 Butana Cecair pemetik api
 Raksa Logam dalam jangka suhu
 Vinil Klorida Bahan utama plastik
 Toulena Pelarut industri
 Ammonia Pencuci lantai
 Arsenik Racun tikus
 Kadmium Bahan utama bateri alkali
 Stearik Bahan utama dalam lilin
 Sianida Racun berbisa



~Ihsan dari Kementerian Kesihatan Malaysia~ 

So, kepada my Incik Abang & ayahku, silalah berhenti merokok kerana kami tidak sanggup kehilangan anda.
(kalau tak tercapai gak tahun ni, terpaksalah masukkan ke tahun depan punye azam) ----> go go syuhadah! you can do it!! http://www.emocutez.com
Okeylah, sampai sini dulu. Nanti kalau ada benda baru, adah akan updated okeys!! love u alls
http://www.emocutez.com


Wednesday, 30 November 2011

baju oh baju

Hi semua!!
Hari ni frust sikit lah. Sampai nak updated blog pun tak tau nak tulis apa sebab frust sgt
huhu
http://www.emocutez.com
Ini semua gara-gara baju tak siap lagi.. huhu..sedey ni 
http://www.emocutez.com
Mesti pelikkan napa pasal baju pun nak sedih. 
Yelah, sebenarnya baju itu untuk pergi ke Majlis Perkahwinan Abang Saudaraku di Ikram, Uniten 
pada 3hb November 2011. Lagipun, stok baju baru2 semua takde dah dalam almari
semua dah pakai. So, kira macam tak puas hati lah tak ada baju..
huhu..gedik kan?
http://www.emocutez.com
Tapi, apapun, harap harap sangat baju sempat siap sebelum Majlis Kahwin itu nanti. Yelah, nak juga
nampak vogue macam orang lain. Tak lah rasa malu sangat bila tengok orang lain pakai baju vogue2
Okeylah, sampai sini dulu. Nanti kalu ada rasa nak tulis apa2, saya akan updated okey!!
XoxO http://www.emocutez.com


Tuesday, 29 November 2011

Malu oh Malu

Hi!!
Hujan2 macam ni buat hati dan jiwa ni sejuk jer rasa...
Tapi, tak disangka ada jugak yang suka panas2 ni ea?
Hari ni nak citer sikit. Tapi bukan tujuan mengaibkan orang
tapi sekadar peringatan
Sedang aku duduk smbil ngadap fb, tetibe hnset aku berbunyi
mengatakan ada mcg masuk.
Aku pun cek lah.. yelah, mana lah tau kan en abg hantar mcg
Tup3.. tgk2 ada mcg dari seorang hamba Allah ni
menyirap jer rasa bila baca mcg yang dihantar
Ada ke patut dikata nya aku ni perampas bf dia?
hahha.. so funny....
Mana tak funny nya, kenal pun tak, nama pun x tau
tibe2 dok kata ak ni rampas bf dia...
mcm2 dimaki nya. 
so, sebagai orang yang tahu adab dan sopan ni
aku pun tanyalah siapa nama dia duk mana umur berapa bf nama apa
macam2 lagi lh..(ala2 wartawan gitu) 
pas dia explain semua yang aku tanya tadi, aku pun jawablah
'Dik, adik ni salah nombor. Maaf cakap akak x kenal pown sapa adik dan bf adik'
Lepas aku macam tue, baru tau nak minta maaf dengan terhengeh2
tau malu..
tu lah, kot marah pun dik, len kali cek dulu no tue betul ke tak
Kan dah malukan diri sendiri
Aiyoo!!!
http://www.emocutez.com

Mengantuk

Hi semua... 
Huargh!!! mengantuknya hari ni.. dah lah ujan.. pastu sejuk pula office ni dengan aircond.. sedap tidur time2 macam ni.http://www.emocutez.com
***
Sebenarnya mengantuk bukan apa, tapi tak tau nak buat apa kat pejabat ni. Kerja tak banyak sangat. Lagipun banyak dah siap.. Ni yang buat mata ngantuk ni.. (huhu..) http://www.emocutez.com Lagipun, bos macam moody jer beberapa hari ni... hurm...
***
Lupe pula, cakap pasal mengantuk ni, sebenarnya apa punca mengantuk ni ea? Hurm.... Nak try search lah kat google... mana lah tau boleh share kat sini. Betul x?? ngee.. http://www.emocutez.com
***
Okey.. setelah penat search, dah jumpa apa punca mengantuk sebenarnya.. 

1. Tidak cukup tidur
2. Tidur Apnea (Sleep Apnea)--> Lebih kurang macam saluran pernafasan anda tersekat ketika tidur..
3. Tidak cukup tenaga--> Makan terlalu sedikit / diet yang keterlaluan
4. Kurang darah merah (Anemia)
5. Tekanan Emosi
6. Terlalu banyak Kafein
7. Dehidrasi--> badan kurang air
Oh.... baru tau rupenye apa sebab mengantuk ni.. okey2... baru faham... http://www.emocutez.com
p/s: cara nak elakkan ngantuk di pejabat, boleh lah buat senaman ringan selama 10 minit/ kacau member2 opis /layan kat youtube citer2 kelakar.. confirm hilang ngantuk. --> tunjuk ajar sdn bhd punyer http://www.emocutez.com

Apa itu Aedes?

Aedes merupakan sejenis nyamuk yang asalnya ditemui di kawasan Tropika dan Subtropika. Namanya diperolehi daripada perkataan kuno iaitu aedes  yang bererti "tidak menyenangkan" kerana nyamuk ini membebaskan pelbagai penyakit yang berbahaya seperti Demam Denggi. Nyamuk Aedes cara nak kenal senang je. Kaki dia berbelang hitam putih (ala-ala kuda zebra). Kitaran nyamuk Aedes ini bernula dari telur hingga dewasa mengambil masa kira-kira satu minggu. Nyamuk Aedes ni biasanya membiak di air jernih yang bertakung (celah2 pasu bunga, Akuarium, Botol/kaca yang terbiar yang mengandungi air, saluran longkang yang tersumbat dan banyak lagi lah).



ihsan dari google


Cara Mencegah
 Buang mana-mana botol / tayar terbuang yang ada air dalam tue
Bersihkan celah2 pasu (mana tau kan ada terselit telur nyamuk)
Letak ubat jejentik ( boleh dapat dekat mana-mana klinik @ pusat kesihatan Kerajaan / swasta)---> betulkan kalau salah

Jadi semua, apa lagi, dah baca kan. Jom kita bertindak untuk hapuskan Aedes...(semangat pulak tetiba ni kan?? ;p)

~Gambar dan segala detail ihsan diambil dari Google~

Saturday, 26 November 2011

Salam MaalHijrah

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua blogger. Moga hari ni akan jadi hari yang lebih baik dari semalam. Pejam celik pejam celik, dah masuk thn baru dalam islam. Jadi di kesempatan ini, kecik nak ucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua warganegara blogger. Marilah sama-sama berdoa agar tahan ini akan jadi lebih bermakna dan diberkati Allah s.w.t 

*****
Disini disertakan doa tahan baru. Sama-sama kita berdoa agar diberkati dan dirahmati :-
Doa Akhir Tahun
Bacalah doa ini tiga kali saat menjelang akhir tahun baru Islam, bisa dilakukan sesudah ashar atau sebelum maghrib pada tanggal 29 atau 30 Dzulhijah. Dengan doa ini kita memohon ketika kita akan mengakhiri perjalanan tahun yang akan ditinggalkan ini akan mendapatkan ampunan dari Allah Swt. atas perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh-Nya, dan apabila dalam tahun yang akan ditinggalkannya itu ada perbuatan-perbuatan yang diridhai oleh Allah Swt yang kita kerjakan, maka mohonlah agar amal shaleh tersebut diterima oleh Allah Swt.
Doa Akhir Tahun
Bismillaahir-rahmaanir-rahiim
Wa shallallaahu 'ala sayyidinaa Muhammadin wa 'alaa aalihi wa shahbihii wa sallam.
Allaahumma maa 'amiltu fi haadzihis-sanati mimmaa nahaitani 'anhu falam atub minhu wa lam tardhahu wa lam tansahu wa halamta 'alayya ba'da qudratika 'alaa uquubati wa da'autani ilattaubati minhu ba'da jur'ati alaa ma'siyatika fa inni astaghfiruka fagfirlii wa maa 'amiltu fiihaa mimma tardhaahu wa wa'adtani 'alaihits-tsawaaba fas'alukallahumma yaa kariimu yaa dzal-jalaali wal ikram an tataqabbalahuu minni wa laa taqtha' rajaai minka yaa karim, wa sallallaahu 'alaa sayyidinaa Muhammadin Nabiyyil ummiyyi wa 'alaa 'aalihii wa sahbihii wa sallam
Artinya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW,beserta para keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, segala yang telah ku kerjakan selama tahun ini dari apa yang menjadi larangan-Mu, sedang kami belum bertaubat, padahal Engkau tidak melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayang-Mu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untuk saya, dan Engkau telah mengajak saya untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat. Karena itu ya Allah, saya mohon ampunan-Mu dan berilah ampunan kepada saya dengan kemurahan-Mu.
Segala apa yang telah saya kerjakan, selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau ridhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, saya mohon kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah, wahai Dzat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah.
Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad, Nabi yang Ummi dan ke atas keluarga dan sahabatnya.
Doa Awal Tahun
Bacalah doa ini tiga kali saat kita memasuki tanggal 1 Muharam. Bisa dilakukan selepas maghrib atau pun sesudahnya. Dengan doa ini kita sebagai Mu'min memohon kepada Allah Swt. agar dalam memasuki tahun baru ini kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan.
Doa Awal Tahun
Bismillaahir-rahmaanir-rahiim
Wa shallallaahu 'alaa sayyidinaa Muhammadin wa 'alaa 'aalihi wa shahbihii wa sallam.
Allaahumma antal-abadiyyul-qadiimul-awwalu, wa 'alaa fadhlikal-'azhimi wujuudikal-mu'awwali, wa haadza 'aamun jadidun qad aqbala ilaina nas'alukal 'ishmata fiihi minasy-syaithaani wa auliyaa'ihi wa junuudihi wal'auna 'alaa haadzihin-nafsil-ammaarati bis-suu'i wal-isytighaala bimaa yuqarribuni
ilaika zulfa yaa dzal-jalaali wal-ikram yaa arhamar-raahimin, wa sallallaahu 'alaa sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi wa 'alaa 'aalihi wa shahbihii wa sallam
Artinya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabatnya.
Ya Allah Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu yang Agung dan Kedermawanan-Mu tempat bergantung.
Dan ini tahun baru benar-benar telah datang. Kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) setan, kekasih-kekasihnya dan bala tentaranya. Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan,agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan. Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, Nabi yang ummi dan ke atas para keluarga dan sahabatnya.
~syuhadah~
 

Thursday, 24 November 2011

Cinta Pengkid

Hi!! We meet again!!!
Cinta PengkidWHAT!! Dunia dah nak kiamat agaknya (huhu) Apa sebenarnya cinta pengkid? Mengapa mereka gemar terlibat dalam cinta pengkid? Adakah disebabkan trent terkini atau semulajadi? Hurm.. Meh kita kupas sama-sama isu ni. Setelah search di Google, terjumpa satu artikel dan maklumat mengenai cinta songsang ni. Jom kita hayati dan baca sama-sama..

PENGKID adalah merujuk kepada remaja perempuan yang mempunyai penampilan seperti lelaki, termasuk tingkah laku, sikap dan tindakan, bahkan kecenderungan cinta dan tarikan seksualnya adalah sejenis.


Golongan ini cuba menonjolkan identiti jantina berlawanan dengan norma biologi, moral dan sosial kewanitaan yang mereka miliki.

Fenomena sosial biasanya dapat dilihat melalui beberapa ciri peribadi, antaranya cara berpakaian seperti lelaki, imej pada diri misalnya berambut pendek seperti lelaki dan gemar melakukan aktiviti yang selalu dilakukan golongan lelaki.

Banyak sebab yang mendorong seseorang itu terjebak dengan gejala terbabit, seperti kemahuan dari dalam diri yang ingin menjadi seorang serba boleh, bebas melakukan apa saja yang digemari dan mahu mencari kelainan.

Ada pihak mendakwa, sesetengah mereka yang terbabit dengan gejala pengkid disebabkan kecenderungan dari usia kanak-kanak yang lebih berminat kepada perempuan dan persekitaran mereka dibesarkan.

Fenomena berlaku atas keinginan dan kehendak diri iaitu perhubungan cinta dan seksual seorang perempuan bersama perempuan lain, dengan alasan hanya perempuan mengetahui keinginan perempuan dan menjanjikan kepuasan yang lebih.

Golongan subbudaya ini dikatakan cepat bertukar pasangan dan ada di kalangan mereka mempunyai ramai pasangan dalam satu masa dan yang dicari hanya kepuasan nafsu semata-mata.

Pengkid dipanggil juga ‘tomboi’ kerana kedua-duanya membabitkan makna yang sama iaitu remaja perempuan yang berkelakuan seperti lelaki.

Tomboi atau pengkid pula dikatakan berhubung kait dengan lesbian. Ini kerana tomboi atau pengkid akan menunjukkan identiti lesbian apabila usia semakin meniti kedewasaan.

Lesbian adalah perkataan Inggeris, iaitu wanita yang mempunyai tarikan seksual atau romantik terhadap wanita lain. Penggunaan istilah ini dikatakan seawal 1870.

Perkataan lesbian daripada kata sifat merujuk kepada pulau Lesbos di Greek. Lesbos pada zaman silam dikatakan ada hubung kait dengan wanita homoseksual kerana Sappho (625-570 Sebelum Masihi), pemuisi di pulau itu ada menggambarkan tarikan seksual seorang wanita kepada wanita lain.

Hubungan lesbian juga menjadi satu kebiasaan di kalangan wanita pada zaman Sparta dulu di Greek.

Ahli sejarah Romawi, Plutarch menyatakan: “Cinta sangat disanjungi di kalangan mereka, remaja perempuan juga menjadi objek berahi bagi wanita bangsawan.”

Ahli seni lama Greek Lucian menggunakan ‘lesbian’ sebagai kata sifat untuk merujuk kepada wanita homoseksual tetapi istilah yang selalu digunakan oleh penulis silam memberi makna sama ada wanita berkelakuan lelaki atau wanita yang ada hubungan seks dengan wanita lain.

Dari tahun 1920-an, lesbian menjadi istilah yang biasa digunakan. Sesetengah wanita yang terbabit dalam hubungan jantina sama jenis tidak menampilkan imej dirinya lesbian tetapi sebagai biseksual, iaitu suka kepada kedua-dua jantina, lelaki dan wanita serta sikap ganjil yang lain.

Islam dari awal mengecam keperibadian buruk seperti itu, lebih-lebih lagi apabila ia bertentangan dengan fitrah semula jadi manusia.

Hadis diriwayatkan al-Bukhari dan Ashabus Sunan dari Ibnu Abbas, katanya (maksud): “Rasulullah s.a.w melaknati kaum lelaki yang menyerupai wanita dan kaum wanita yang menyerupai lelaki.

Dalam hadis diriwayatkan Bukhari lagi: “Rasulullah s.a.w melaknati pondan-pondan dari lelaki dan juga wanita-wanita yang menyerupai lelaki.”

Ahmad dan at-Tabrani meriwayatkan daripada seorang lelaki dari suku Huzail, katanya: “Saya telah melihat Abdullah bin Amru bin al-Ash yang rumahnya di tanah halal sedang masjidnya pula di tanah haram, katanya:

Ketika aku berada di sisinya, dia terlihat Ummi Said binti Abu Jahal membawa busur dan panah dan dia berjalan berlagak seperti lelaki, maka bertanya Abdullah; siapa wanita ini? Jawabku, Ummi Said binti Abu Jahal. Maka kata Abdullah: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Bukan dari golongan kita orang yang menyerupai lelaki dari kaum wanita dan tidak juga orang yang menyerupai wanita dari kaum lelaki.”

Perubahan budaya sudah lama berlaku di Barat, malah kini ia berada pada tahap kritikal kerana dalam sesetengah masyarakatnya membenarkan perhubungan romantis di antara sesama jantina, bagi menzahirkan kehidupan mereka lebih bebas.

Pusat Penyelidikan Kesihatan Kebangsaan Kerajaan Amerika Syarikat ada melakukan penyelidikan dalam tahun 2002 dan hasilnya dikeluarkan dalam satu laporan 2005 membabitkan tingkah laku seksual lelaki dan wanita berusia 15-44 tahun di negara kuasa besar itu.

Keputusannya menunjukkan di antara wanita berusia 15-44, sebanyak 4.4 peratus dilaporkan mempunyai pengalaman hubungan seks dengan wanita yang lain dalam tempoh dua belas bulan sebelum itu.

Apabila wanita berusia 15-44 terbabit diajukan pertanyaan: “Apakah anda pernah terbabit dalam hubungan seks dengan wanita lain”, sebanyak 11 peratus menjawab ‘ya.’

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 23 Oktober 2008 mengharamkan perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau dikenali sebagai pengkid.

Sesetengah pihak cuba bersuara untuk mempertahankan hubungan di luar fitrah sesama wanita, dengan alasan suatu kebebasan dan kononnya prinsip sama rata bagi golongan terbabit, sedangkan ia jauh terpesong daripada fitrah kemanusiaan dan terang-terang merosakkan imej wanita.

Walaupun segelintir mereka yang terbabit dengan nafsu songsang itu mendakwa mendapat kepuasan, ketenangan dan kedamaian, tetapi ia sebenarnya ketenangan palsu, malah lebih kepada kecelaruan. Semuanya tidak lebih daripada kebejatan sosial yang perlu dijauhi.

Abdullah Nasih Ulwan melalui buku Pendidikan Anak-anak Dalam Islam menyatakan, selepas Perang Salib-Kristian yang mengambil tempoh dua kurun, golongan terbabit berusaha sedaya upaya menjatuhkan orang Islam, antaranya merosakkan imej wanita Islam dengan menonjolkan kepentingan gerakan pembebasan wanita.

Malah, mereka menimbulkan perdebatan membabitkan hak dan persamaan mereka dengan lelaki, mencacatkan undang-undang Islam mengenai perkara poligami, yang semua itu untuk membangkitkan kekeliruan dan menimbulkan syak terhadap kesesuaian syariat Islam dan amalannya dalam kehidupan ini.

Kaum Yahudi juga yang mengisytiharkan mereka memahami teori Freud dengan menafsirkan segala sesuatu dari hal perilaku manusia itu melalui jalan naluri seks dan kebebasan dalam jalan syahwat dan kelazatan.

Mereka mengemukakan ideologi Nietche yang menolak akhlak dengan membolehkan setiap manusia melakukan sesuka hatinya asalkan mereka senang walaupun menarik kepada pembunuhan dan pengaliran darah.

Al-Quran menempelak mereka yang mengikut nafsu: “Adakah engkau nampak orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya?

Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami, Mereka hanya seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi.” (al-Furqan: 43-44)

Sayid Qutb dan Abul Ala al-Maududi dalam Manhaj Hidup Muslim ada menyatakan: “Bila anda menyerahkan diri kepada nafsu yang jahil dan menyeleweng itu tentu ia akan menyeret anda menjadi orang yang hanya mementingkan diri sendiri, menjadi orang yang berakhlak bejat dan rosak, hidup anda akan hancur di dunia dan di akhirat nanti.”
p/s: bukan nak hina siapa2, cuma sekadar renungan dan kongsi & maaf pada sesiapa yang terasa..

2pm hands up asia tour life in Malaysia 2011

Hi! Morning semua.. Entry kali ini pasal concert 2pm yang akan diadakan pada 25Nov2011 di Stadium Negara.. (Woot..Woot..Woot..) i like lah!! http://www.emocutez.com
Walaupun happy,tapi sebenarnya sedih sebab tak dapat pergi kerana tiket mahal sangat dan lagipun gaji tak dapat lagi. (kecewa nya hati) tak dpat jumpa junsu,taecyeon,nickhun,wooyung,chansung & Junhohttp://www.emocutez.com
So, kepada blogger yang lain yang pergi, share2 lah kat sini ea mcmne concert diorang..


p/s: Taecyeon, you so hot and i love you... http://www.emocutez.com

Wednesday, 23 November 2011

Nak gaji!!!!!!

Hi! Pagi... pejam celik pejam celik dah nk masuk hujung bulan... (minggu gaji ni)http://www.emocutez.com

******
Sebenarnya frust hari ni. gaji tak dapat lagi... macamana nak tengok Twilight ni... huhu... sedey ni.. sob3..sob3....sob3...  lagipun kewangan dah tinggal nyawa-nyawa ikan ni.. http://www.emocutez.com
******
Pada blogger lain, ada yang dah dapat gaji tak? (jelous ni pada siapa yang dah bergaji) http://www.emocutez.com

okeylah..sampi sini dulu corat coret utuk hari ini.. 
p/s: bos, bagi lah gaji cepat ea.. Please2..please2.. http://www.emocutez.com
 


 
Elegant Rose - Working In Background